Kehidupan Buddha Agama_Buddha

Agama Buddha merupakan agama dari India yang bercirikan ajaran Buddha. Semua perincian tentang kehidupan Buddha telah disebut dalam banyak teks awalan Buddha tetapi ianya tidak konsisten, latar belakang sosial dan butiran kehidupan Buddha pula tidak dapat disahkan, tarikh yang tepat pula tidak dapat dipastikan.

Biara Buddha baru di Singapura.

Bukti-bukti teks awalan tersebut mencadangkan beliau dilahirkan sebagai Siddhārtha Gautama di Kapilavatthu, sebuah bandar di kawasan dataran sempadan moden Nepal-India. Beliau manghabiskan kehidupannya di kawasan yang dikenali secara moden pada hari ini, Bihar dan Uttar Pradesh. Sesetengah penulis wali telah menyatakan bahawa ayahnya adalah seorang Raja yang bernama Suddhodana dan ibunya yang bernama Maya, dan beliau dilahirkan di Taman-Taman Lumbini. Walau bagaimanapun, sarjana seperti Richard Gombrich mempertimbangkan pernyataan itu sebagai dakwaan palsu kerana terdapat kombinasi bukti yang mencadangkan beliau dilahirkan di dalam komuniti Shakyas - di mana beliau kemudiannya menerima gelaran Shakyamuni dan komuniti tersebut ditadbir oleh sebuah majlis mesyuarat kecil oligarki atau republik di mana ia tidak terdapat konsep pangkat dan sebaliknya mementingkan konsep senioriti. Sesetengah cerita mengenai Buddha, kehidupannya, ajarannya dan dakwaan tentang masyarakat di mana beliau membesar mungkin telah direka dan ditokok tambah pada masa kemudiannya dalam teks-teks Buddha.

Teks-teks awalan Buddha (yang diterima sebagai teks-teks benar) dan biografi awalan Buddha menyatakan beliau belajar dengan guru Vedik, seperti Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta, mempelajari meditasi dan falsafah kuno, terutamanya konsep "ketiadaan, kekosongan" dan "apa yang tidak dilihat atau terlihat".

Buddha tergerak dengan sifat sengsara semula jadi dalam kemanusiaan. Beliau bermeditasi berseorangan untuk satu tempoh yang berpanjangan, dengan pelbagai kaedah termasuklah mengelakkan diri dari terlibat dalam keseronokan dunia, dalam sifat kesengsaraan dan kaedah-kaedah untuk mengatasi kesengsaraan. Beliau terkenal dengan posisi duduknya iaitu duduk di bawah pokok Ficus religiosa, yang sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi di bandar Bodh Gaya di kawasan dataran Gangetic di Asia Tenggara. Beliau mencapai kesedaran, menemui apa yang para penganut Buddha gelar sebagai "Jalan Kesederhanaan", suatu praktis rohani untuk menamatkan kesengsaraan (dukkha) dari kelahiran semula di alam Saṃsāra. Sebagai seorang manusia yang tersedar (Skt. samyaksaṃbuddha), beliau telah menarik pengikut dan mengasaskan Sangha (aturan monastik). Sekarang, sebagai seorang Buddha, beliau menghabiskan hayat yang seterusnya dengan mengajar Dharma yang ditemuinya dan meninggal dunia di Kushinagar, India pada umur 80 tahun.